Maksud Proton Preve

Posted by Rafhan on Monday 16 April 2012


Proton Preve baru sahaja di lancarkan di  Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa The Mines di Seri Kembangan pada malam tadi. Harga Proton Preve bermula daripada RM62,000 sehingga RM75,000.
Tapi, korang tahu tak maksud proton preve?
Di dalam bahasa Inggeris Preve membawa maksud "To Proof". Membawa maksud, Proton cuba membuktikan komitmen mereka. Apa yang diorang nak proof aku tak tau la, itu korang kena tanya pengarah urusan proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin .
Perkataan  "PREVE" diambil dari sebutan bahasa sepanyol yang bermaksud "to envision" (membayangkan).
Tapi, tolong jangan kaitkan preve dengan "pewit" Amy search ok!!!

HaruskahKu Tinggalkan Nuffnang Untuk Bersama Adverlets?

Posted by Rafhan on Sunday 15 April 2012

Adverlets? Apakah itu? Aku pun tak tau sangat pasal adverlets ni. baru je search kat internet tentang adverlets. Menurut blog hafizAdverlets merupakan salah satu syarikat pengiklanan sama seperti Nuffnang, di mana anda akan meletakkan banner/iklan mereka di blog anda.Syarikat Advertlets merupakan pencabar utama kepada Nuffnang, jadi sekiranya anda meletakkan iklan Adverlets di blog yang mempunyai iklan Nuffnang, status 'gliterati' Nuffnang anda akan hilang dengan serta merta. 

Erk, hilang status glitterati nuffnang? Aku dah dua tahun dengan nuffnang dengan status glitterati. Dalam tempoh dua tahun tu jugak, aku baru dapat 2 BE. Dan di bawah ini adalah BE aku yang ke dua. Dah lama dah dapat, cuma aku baru cash out. Alhamdulillah, boleh la buat tambah untuk aku beli component elektronik final projek aku nanti. Sem akhir ni banyak duit dok keluar. Mujurlah, bisnes antivirus bersama saudara Azrin Khairi sedikit sebanyak membantu kos perbelanjaan di universiti ini.

Yang sebenar2nya, aku nak bagi tahu, yang aku dah fade up dengan nuffnang. Selepas dapat BE yang terakhir tahun lepas, lepas tu langsung x pernah dapat BE. UV (uniq visitor) aku pun bukan la banyak sangat, tapi tak la teruk sangat. Dalam 500 UV. Not bad what? Ada jugak mintak pendapat dari blogger yana elyana. Dia kata boleh cuba adverlets, sebab adverlets akan bayar berdasarkan page view.

Tapi sebenarnya ada pro dan kontra antara nuffnang dan adverlets. Nuffnang kedekut, tapi bila duit dalam akaun dah cukup limit senang nak cash out. Berbeza dengan adverlet, tak kedekut, tapi bila duit dah cukup limit, payah gila nak dicashout. Kira diorang ni mengamalkan konsep hutang la. 

Ada x blogger-blogger di luar sana yang ada pengalaman dengan adverlets? Kalau ada, mintak lah tolong bagi pendapat kat saya, sebab saya sangat-sangat membutuhkan pendapat anda. (camner boleh terkeluar bahasa indon  ni)

Kenali Loo Jo Yee, The Sweet Muslim

Posted by Rafhan on Saturday 14 April 2012

Siapakah Loo Jo Yee? Loo Joo Yee merupakan gadis cina Kristian yang memeluk Islam ketika berumur semuda 17 tahun setelah beberapa kali mendapat hidayah. Sebelum memeluk Islam, beliau merupakan seorang pengamal agama Kristian yang sangat taat. Beliau juga ketika itu bakal dilantik menjadi seorang paderi perempuan pertama di sebuah gereja. 

Lee Jo Yee gemar berdebat dengan rakan-rakan Islamnya tentang hal yang berkaitan dengan agama Islam. Namun Allah memberi hidayah kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya. Semakin Loo Jo Yee cuba mencari kelemahan Islam, semakin hampir beliau dengan Islam. Namun, satu peristiwa telah menjadi satu turning point bagi hidup Loo Yo Jee.

Ikuti kisah suka duka Loo Jo Yee  sebelum dan selepas memeluk Islam, di Youtube. 

P/s: aku lambat tulis kisah Loo Yo Jee ni sebab ingat dia ni orang Korea sebab nama macam KPOP. Tak sangka pulak dia orang Malaysia. Baru je tengok video pasal die kat youtube malam semalam. (blogger di bawah tempurung betul la aku ni)