Ada Apa Dengan Cikgu ?

Posted by Rafhan on Monday, 29 November 2010

 
Alhamdulillah, habis juga aku jawab kertas final dan itu menunjukkan yang cuti semester aku sudah bermula. Sebelum pulang ke kampung halaman, aku sempat berjumpa dengan Piji, orang yang aku kenal tak sampai setengah tahun.

Piji adalah pelajar baru di universiti tempat aku belajar. Selalu juga dia menceritakan masalah yang dia hadapi, terutama apabila universiti tidak meluluskan permohonan untuk pengecualian kredit. Memang sejak bermula tahun ini, universiti di sini telah mengubah polisi, apabila pelajar dari Politeknik Malaysia tidak dibenarkan untuk membuat pengecualian kredit. Ini menyebabkan dia  tak dapat nak pendekkan tempoh pengajian untuk kursus ijazah sarjana muda. 
Mungkin selepas menyedari aku juga  adalah  pelajar lepasan politeknik sepertinya  yang menyambung pelajaran di universiti ini, Piji sering meminta pendapat dan nasihat dari aku. Aku tak dapat nak buat apa-apa dengan polisi universiti. Apa yang aku mampu nasihatkan kepada Piji agar dia bersabar dan tidak membuat sebarang keputusan dengan terburu-buru.  Nanti menyesal pula di kemudian hari.

Sewaktu aku berjumpa dengannya baru-baru ini,  dia menyatakan hasrat untuk berhenti  dan dia akan menyambung pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).  Dia kata dia tak minat nak jadi jurutera. Dia lebih minat nak jadi cikgu. Aku beritahu kepada Piji, itu adalah cita-cita yang baik dan aku ucap semoga dia berjaya. Bagi aku, Piji adalah jenis orang yang berani mengambil risiko dan dia tahu apa yang dia hendak dalam hidup. Aku respect orang seperti ini. Malah, terus-terang aku kata, aku juga tak berani macam dia.

Kisah Piji buat aku teringat kata-kata lecturer aku suatu ketika dahulu.  Dr. K kata, “apa guna kamu study engineering kalau setakat nak jadi cikgu kat sekolah? Stakat nak ajar ‘ y=mx+c ’  kat papan putih? Tak mencabar langsung. Kalau nak jadi cikgu sangat  pun, jadilah pensyarah macam saya”. Ramai kawan-kawan aku yang gelak bila dengar dia cakap, tapi aku tak boleh nak gelak langsung. Aku hanya nampak dua maksud tersirat dari kata –kata itu. Sama ada Dr. K pandang rendah dengan kerjaya cikgu atau pun dia cuba mencabar kami untuk menjadi jurutera profesional.

Aku minta maaf jika aku salah tafsir yang tersirat sebab aku memang tak pandai dalam sastera. Sewaktu di darjah 4, cikgu aku pernah koyak  kertas karangan aku, tapi aku tak marah kerana dari situ aku tahu yang aku tak dilahirkan untuk menjadi sasterawan.

Kenapa perlu pandang rendah pada kerjaya cikgu? Bukankah sudah kita ketahui sejak sekian lama yang semua profesional datangnya dari cikgu. Malah perkataan ‘guru’itu sendiri diambil dari bahasa sanskrit yang bermaksud ‘menerangi ‘. Adakah semakin penuh ilmu di dada, buat kita lupa pada jasa cikgu?

 Bagi aku tak salah jika golongan dari engineering field  nak jadi cikgu, tapi yang jadi salah apabila kerjaya cikgu dijadikan sebagai kerjaya “playsafe” bagi sesetengah orang. Mungkin kerana gajinya yang lumayan sejak akhir-akhir ini. Bagi aku, cikgu dan pensyarah adalah dua kerjaya yang tak sama nilai. Pensyarah lebih ajar ilmu fundemental tanpa ajar spriritual manakala cikgu akan ajar kedua-duanya sekali.

Aku masih ingat kata-kata Cikgu Zaini, “sengaja saya tak ajar murid di kelas yang lemah untuk mendapat ‘A’, saya hanya ajar mereka untuk lulus. Jika saya ajarkan mereka untuk score ‘A’, siapa pula yang akan bekerja sebagai pengutip sampah atau  pencuci tandas  suatu hari nanti? Tanpa orang-orang seperti mereka sudah pastilah kita akan mendapat susah” . Nilai moral yang cuba Cikgu Zaini sampaikan  adalah  kita perlu hormat pada semua orang termasuk pencuci tandas sekalipun, kerana mereka juga ada peranan penting di negara tercinta ini. Aku tak fikir nilai moral seperti ini mampu aku dapat dari pensyarah yang punyai PHd bertimbun-timbun.

Tak perlu rasa malu dengan kerjaya cikgu, tapi hanya perlu rasa malu apabila tak dapat jalankan tanggungjawab sebagai seorang cikgu. Mungkin kita kata cikgu sekarang beruntung sebab dapat gaji lumayan, tapi kita tak pernah fikir tentang  tanggungjawab besar yang mereka pikul. Terima kasih kepada semua cikgu yang pernah mengajarkan ilmu  kepada aku. Anda semua sentiasa berada di dalam doa.

{ 20 comments... read them below or add one }

Amirah Adnan said...

sebenarnya dlm hidup ni semua org mmg dah jadi cikgu :)

CheQ PP JoY said...

dr k??? datuk k?? haaa...

alexa yussida said...

semuanya dr didikan cikgu...sbb cikgu la sy suka blaja..ibubapa lak sbg pndorong^^

alexa yussida said...

btw.thniah dh abes exam^^
slmt bercuti:D

piasara said...

akk cita2 nk jd cikgu..tp x de nasib,jd cikgu pada ank2ku..cikgu ni mmg tegas woo..,jwb main2 atau salah jawab padahal soklan senang,mmg kena koyak punyalah..(koyak kertas le..xkn telinga lak..)

Radin87 said...

setiap orang ada pengalaman hidup masing2. yang penting, matlamat hidup yang jelas. (^_^)

KM7 said...

Pensyarah tu pun klu yer pun nk bagi motvasi,jgn plak merendah2 kan guru.tanpa guru kat skolah,tak jd pensyarah dia tu.KM7 ckp tak suka org2 yg merendah2kan apa juga kerjaya biarpun tkang sapu sekalipun.Masing2 ada peranan.

jackieKOH said...

dulu tym kecik2 cita2 nak jd cikgu..hehe
tp skunk da msuk engineerg lak..huhu

Entri Terbaru [kot?] : Paranormal Activity 2 lagi menakutkan?

:)

Nurulbadiah Lai said...

saya paling benci dengan orang yang suka merendah2 kn or buat org down ke apa..huhu..
cikgu tu la paling mulia..sbb kite pon pandai daripada cikgu jugak kn..

♥cik mySara♥ said...

meh2..masok upsi reramai2..
jadi cikgu didik anak2 bangsa kita :)

amirah said...

aku suka entry ni.kasi buka mata luas2. cikgu ni bukan takat sumbat pelajar dgn ilmu tapi cikgu mendidik pelajar jadi manusia. mmg ada gak yg pk kerjaya cikgu ni 'playsafe' tapi lau xda semangat nk didik anak bangsa xleh gak nk jadi CIKGU.

amirah said...

aku suka entry ni.kasi buka mata luas2. cikgu ni bukan takat sumbat pelajar dgn ilmu tapi cikgu mendidik pelajar jadi manusia. mmg ada gak yg pk kerjaya cikgu ni 'playsafe' tapi lau xda semangat nk didik anak bangsa xleh gak nk jadi CIKGU.

Puteri Iqa Izyan said...

jadi cikgu tu bagus..

sy pon ade cite2 nk jadi cikgu :P

cikgu iqa.. huhuhu :D

ct kamila said...

keje cikgu sgt mulia kan..sebab cikgu jugak laa, kita jadi pandai..kalo x..

smbung sendiri ye...

kihkih

::fadxieza:: said...

aku penah keje sapu sampah..
caye x?
:)

Orange Lover said...

hurm..jgn pilih kerjaya guru sebab tak dapat kerja lain. end up tak berjaya jadi pendidik yang bagus..

Tak semua orang boleh jadi cikgu nie. Kita kena muliakan kerjaya sebagai guru kalau tidak kerana dorang belum tentu kita boleh kenal A,B,C...1,2,3...

Rosmawati Yusof said...

Betul tu Rafhan, akak sokong kenyataanmu 100%. All the best to you..

Jey Yusuff said...

ape beza pensyarah dan cikgu. Jey cukup x suka org pertikaikan profesionalisme cikgu

Nur Misnan said...

salam rafhan..
cikgu cikgi..
aku suka cikgu Onizuka tuh..
kelakar, smart, lucu dan yang bestnya
dia jaga terunanya. hu3..

lari tajuk plak daaa...

Sephi Sephia said...

Salam

Artikel yang bernas dan penghargaan yang tulus. Semoga kamu berjaya.

Post a Comment