Fida Aishah Ucap Salam Perpisahan

Posted by Rafhan on Wednesday, 10 November 2010

Fida Aishah Ucap Salam Perpisahan. Itulah yang bermain difikiranku selepas membaca posting terbaru dari Fida Aishah di blog kontroversi  miliknya, adifstory.blogspot.com. Actually, sebelum ni aku tak pernah tahu siapa Fida Aishah ni, sehinggalah ade kawan sekuliyyah aku (si shahir) yang tanye aku, "Kau kenal tak Fida Aishah, blogger kontroversi tu?" Terkejut aku dengar pertanyaan kawan aku tu. Ape lagi, aku terus 
google search cari siapa Fida Aishah. Rupa-rupanya dah ramai blogger tulis cerita pasal Fida Aishah ni. Diorang kata Fida Aishah ni menyamar la, penipu la. Entah betul ntah tidak tuduhan diorang ni aku tak pasti la.

Tapi ape yang aku suka dengan blog Fida Aishah ni, penulisan dia begitu puitis dan menyentuh jiwa. Ternyata, Fida Aishah bukan calang-calang orang. Dia seorang yang berbakat besar dalam bidang penulisan. Adakah kita sanggup kehilangan permata seperti ini dalam dunia blogger di negara ini. Aku bukan nak sokong mana-mana pihak dalam hal ni, tapi aku rasa sebagai blogger, kita semua ada etika. Mungkin Fida Aishah ada melakukan kesalahan, tetapi bukan kah ada cara lain yang berhikmah untuk menegurnya(entah betul dia bersalah entah tidak). Adakah dengan menulis tentang keburukan Fida Aishah di blog-blog korang dapat menyelesaikan masalah?

Hari ini, mungkin kita akan kehilangan seorang permata. Mungkin juga Fida Aishah adalah jelmaan Pendeta Zaaba yang muncul di dunia serba canggih. Berkarya melalui blognya yang penuh kontroversi. Fida Aishah, pergilah kamu mencari ketenangan. Selepas kamu menjumpai ketenangan itu, tuliskanlah kata-kata indah di blog kamu.  Aku akan menunggu. Kerana aku ingin mengenali siapa kamu yang sebenarnya.

{ 27 comments... read them below or add one }

yuyu said...

aku pun bace jugak blog dia..
apa blogger lain cakap macam betul jer kat fida nih..jadi rasa percaya kepada dia berkurang.terasa macam kita yg membaca ditipu..
tp tu pendapat masing2 la..hehe

Siti said...

hmm.. tak paham gak nih.. fida aishah tu buat kontroversi ape? tak penah dengar pun..

RAFHAN ~peace~ said...

@yuyu mungkin itu kesilapan dia, tapi x patut blogger2 lain hukum dia camtu. mungkin ada cara lain yg lebih bagus utk hukum dia. Dia ada bakat yg besar dalam penulisan.
@kimchisu Konspirasi Fida Aishah, dia menyamar dan menggunakan gambar org lain dalam blognya. Sejauh mana kebenarannya aku x pasti
@Dewi Batrishyamungkin juga gimik. Tapi i don't think so la Dewi.
@Sitisame macam jawapan pada kimchisu

humbleyat said...

first time jugak dengar pasal fida aisyah..singgah kat blog die jap td..memang bez bahasa-bahasanya..syg juga die tak terus berkarya kan...

Radin87 said...

Ku renung dan ku baca sudah. Tiada lain di benakku ini melainkan semua karyanya sangat puitis. Amat lain dari yang lain pastinya.

Adakah jatuhnya kerana dengkian orang ataupun jatuhnya kerana salah pendirian? Tiada lain kecuali diamlah sebaiknya. Kerana, walau ia ibarat permata di balik sinaran kaca...

Hanya dia yang boleh menebus segala kesalahanya..

.Nurul Fateha. said...

betul3. suke cara penulisan fida. ada bakat besar. sayang kalau hilang macam tu je~

hasrul hassan said...

@amirah

awek arifshah? betul?

alexa yussida said...

dulu minat sangat bace..hari2 marathon entri die sbb maklum la die post bnyk2 sehari...manela den sempat nk bace sume:p

tp skan bace juge kdg2 tapi perasaan tu lain..rasa tertipu tu masih ade..
:(

Nur Misnan said...

salam.. gfren ariff tuh.. huhuhuhu

FareedSairi said...

hmmm...den baru 1st time dgr pasal die ni..

Jey Yusuff said...

awal tahun dulu pon ada kes mcm ni jgk. Kalau dah pandai menulis.. salurkan bakat pada medium yg betul...

tq jengah blog jai... follow ur blog

Qaseh dalia adelia said...

salu gak bace entry2 die...tp xkenal sgt siape die...adehhhh
ntahlah bermacam2 ragam...yg buruk dtg dr kita..yang baik tu sume dr Allah :) setiap kesilapan boleh diperbaiki

YOUsoF said...

Penah terbaca kat blog kawan.. Betul la kot pasal dia.

Orang lebih nampak identiti palsu dia daripada bakat dia tu.

Tapi kesian gak pade yang rase tertipu ngan dia..

*Same² la kita belajar dari kesilapan sendiri..

Nurulbadiah Lai said...

hahaha..nice entry..everybody make mistakes..but then,,admit mistakes tu..adalah satu langkah bijak..
tp kalu yg diadmit sumpah demi tuhan segala tu tipu lg..camne??
wanna know her??opps..HIS LA rafhan..

my fwen's brother keje kat nuff..bro die da cek dah sapa owner adifstory nih..hahahahaha..HE IS...:P

RAFHAN ~peace~ said...

@Nurulbadiah LaiHe is or she is, is doesn't a matter cik Nurul. Sy belum jatuh cinta lg pn dgn die, huhu.. Tapi, die ade bakat besar.. (jika karya itu adalah kepunyaan die) Tapi, semua org ade pndapat masing2 kan. Tetapi adakah perlu pendapat jika pendapat itu membunuh karya anak seni yang sedang mula diminati. Mungkin kita membenci etika. Tetapi x perlu membenci karya agung.

Nurulbadiah Lai said...

rafhan: iye karya itu mmg adalah agung..sesuatu karya itu indah..tetapi keindahan tidak mengizinkan penipuan..
die dah menipu..so die mengaku penipuan die..
die menggambarkan die anak baik..mmg itu nama die..mmg itu kisah die sebenarnya,,tp sebenarnya die adalah lelaki?so indahkah lagi karya itu?

bersumpah dengan nama tuhan..lillahitaala semua?tp perkara yg disumpah itu masih lagi menipu?agungkah karya itu?

ni just pndangan nurul..nurul sgt tidak suke orang yg bersumpah dengan nama tuhan SETELAH PENIPUAN didedahkan..tetapi sumpah itu..masih lagi tidak benar??

RAFHAN ~peace~ said...

Mungkin sudah menjadi adat & tradisi sejak zaman berzaman untuk kita lebih selesa mencemuh daripada mendoakan hati-hati yang kelam dan kita menikmati detik kemuliaan dengan penuh angkuh. Tanpa kita sedari, hati yang kelam menjadi tenggelam dan hati yang dianggap mulia menjadi riak &takbur. Ku coretkan pesanan ini untuk diriku & saudara-saudaraku yang dikasihi. Tiada niat lainnya melainkan berpesan-pesan pada kebenaran.... Wallahualam..

nama.aku.lynn said...

agree!=)

N@SIQUE said...

xpernah plak pi blog dia~~ketinggalan zaman betui aku nie~~hehehe


LAGU TEMA BLOG AKU

Anitadahahs said...

ouh. baru lah ku tahu sikit2 apa kotrobesi yg die dah buat.hurm..

sarah honey said...

sy pown baca blog dia.tp as a silent reader jela..blog dia mmg menyentuh hati wlpon crtain part trutama yg sajak2 tu tak bape nak paham.tapi dia mmg bagus la saya rasa

missSenget said...

oo..ni ke konspirasi2 yg hangat tu...

Qaseh dalia adelia said...

hihihihi lelaki ke?kacak x..hehe...

najihah sahami said...

rafhan...kak fida dah bukak balik kan blog die..hehe..suke-suke..ops..asalnye dtg nk jerit..tp xjumpe SB lorh.

rara :) said...

first time dgr, hehe

lalink7 said...

dia belum mahu berpisah..bgus la kan?

Aisyah AR said...

@RAFHAN ~peace~aku sokong!!!!!!!! paling suka jawapan ni...paling terbaik!!!!!

Post a Comment