Hujan itu rahmat
Baru-baru ini seorang menteri (nama dirahsiakan) berkata sejak Sukan Komanwel 1998 Malaysia tidak bersedia untuk menganjurkan sebarang kejohanan besar. Ini adalah kerana negara tak mampu menampung kos yang tinggi dan mentaliti rakyat Malaysia yang mahukan semuanya percuma (subsidi).
Aku tak rasa ini soal mentaliti. Ini adalah soal memenuhi keperluan. Menteri tersebut hanya perlu tanya pada diri sendiri, kenapa rakyat Malaysia mahukan semuanya percuma? Jawapannya sudah tentulah kerana tekanan ekonomi yang dialami oleh golongan berpendapatan rendah, ditambah pula dengan harga barang yang semuanya naik tak pernah turun-turun (hujan je yang turun).
Kalau nak tarik sangat subsidi, hanya perlu tarik pada golongan berpendapatan tinggi (macam encik menteri tu la). Tak perlu nak libatkan golongan berpendapatan rendah yang memang dah sedia susah. Tapi macam susah je nak buat macam tu kan. Dan kalau susah-susah sangat tak perlu jadi tuan rumah untuk acara sukan Asia, Komanwel mahupun Olimpik. Itu lebih baik daripada orang miskin mati kelaparan dek kerana tak dapat subsidi.
P/s: Bukankah tanggungjawab pemimpin menjaga kebajikan rakyat?
{ 5 comments... read them below or add one }
kepimpinan kan melalui teladan..:)
Tak jadi tuan rumah pun takper. Tapi keperluan rakyat kenalah diutamakan. Ingat orang-orang bawahan ni senang sangat ke? keperluan rumah semua kena beli. Minyak, makanan, bil semua kena bayar.
Menteri2 lainlah.. semua ada elaun. ntah-ntah bil2 tu semua kerajaan tanggung. huhuhu..
tapi jadik mcm kes subsidi petrol pada nelayan baru2 ini.ape jadi? bila kerajaan tolong,tgklah org buat mcm mana?
hujan je yg turun - itu memang aku setuju sgt2.. nmpknye kita belum boleh jadi negara maju.
dua2 kena main peranan kut..pemimpin kena bijak handle bnda kait ngn pntadbiran n kbjikan rakyat as they promised n rakyat plak kena la bijak n usaha lebih,jgn nk org suap je..huhuhu
Post a Comment