Nama botani Parkia speciosa Hassk.
Sinonim Leguminosae
Famili Mimosaceae
Habitat dan Taburan
Pokok petai terdapat hidup liar di hutan-hutan tanah rendah di seluruh Malaysia terutama di Negeri Sembilan dan Pahang.
Ciri Morfologi
Pokok petai bersaiz besar dan mencapai sehingga 50 m tingginya. Sudurnya ter-buka dan berbentuk payung. Batangnya mempunyai banir. Kulit batang berwarna kemerahan atau perang kemerahan, begitu juga ranting-rantingnya. Daun petai jenis majmuk pinat genap, mengandungi 10-22 pasang anak daun. Anak-anak daun ini terbahagi lagi kepada 19-26 pasang anak daun yang juga tersusun secara pinat genap. Anak-anak daun ini sesil atau tanpa tangkai, berbentuk bujur panjang dan hujungnya bulat.
Bunga petai dikeluarkan pada jam-bak yang bertangkai panjang. Bunganya kecil, berwarna putih krim atau berbau unik. Bunga-bunga ini tersusun padat pada jambak tongkol yang hujungnya membulat. Tangkai jambak panjangnya 25-50 cm, berwarna hijau dan terjuntai di hujung-hujung ranting. Lenggai 30-50 cm panjangnya dan 4-6 cm lebarnya. Sebanyak 6-20 lenggai tergantung pada pangkal jambak. Warnanya hijau bertukar perang atau hitam apabila terlalu masak. Lenggai-lenggai ini biasanya lurus tetapi kadang-kadang berpintal. Biji petai berwarna hijau kelabu, berbentuk lonjong dan mempunyai kulit yang nipis dan mudah ditanggalkan. Apabila masak, kulit biji ini bertukar menjadi jingga.
Khasiat/Kegunaan
Makanan
Biji petai dibuat ulam, biasanya dimakan bersama-sama sambal belacan, tempoyak atau dimasak sambal tumis bersama-sama udang atau ikan bilis. Biji yang dimakan biasanya yang masih hijau dan rangup. Rasanya lemak dan pedar. Petai boleh juga dijeruk supaya tahan lebih lama. Petai berbau kuat tetapi mempunyai banyak khasiat sama ada dari segi pemakanan mahupun ubatan. Kekacang ini mengandungi protein, vitamin C dan niasin dan dimakan sebagai pembuka sel
Perubatan
Buah petai dipercayai dapat mencegah jangkitan pada sistem pembuangan kecil, mengurangkan penyakit kencing manis dan menurunkan tekanan tinggi. Selain itu, petai juga mungj mengandungi sebatian anti barah. Bagaimanapun buah petai tidak boleh dimakan secara berlebihan kerana boleh menyebabkan kesumbatan saluran kencing.
source:
Rukayah Aman
Ulam dan Sayuran Tempatan Semenanjung Malaysia
DBP 2002
{ 4 comments... read them below or add one }
Emm~~ Petai.
Antara makanan kegemaran, Sambal Petai~~ hehe..
Dulu tak reti makan petai ni. Kalau makan jer muntah. Tapi sekali hari tu, saja-saja la nak test makan..
Eh, Sedap lah pulak.. (^_^)
huhu
sedap memang sedap... tp bau dia... huhuhu
jarang makan petai tapi boleh makan petai..hehe..ok ja petai ni, nak2 lau cicah sambal.perghhh
sambal petai la sedap..heee
Post a Comment