Pokok Sukun sering dijadikan pohon teduhan di kawasan rumah
Buah sukun yang sudah masak kebiasaanya akan mengeluarkan getah
Nama biasa Sukun
Nama botani Artocarpus altilis (Park), Fosberg
Sinonim A, communis Forst Moraceae
Famili Moraceae
Habitat dan Taburan
Sukun berasal dari Polinesia dan Kepulauan Pasifik dan merupakan makanan utama di kawasan tersebut. Kini pokok sukun terdapat di seluruh kawasan tropika. Di Malaysia, pokok sukun ditanam di sekitar rumah sebagai pohon teduhan selain untuk mendapatkan buahnya. Di kawasan subtropika, yang mengalami sedikit musim sejuk pokok sukun bersifat separuh luruh.
Ciri Morfologi
Sukun sejenis pokok saka monoesius yang cantik mencapai 20 m tinggi. Batang utamanya keras dan ranting-rantingnya kasar. Kesemua bahagian pokok mengan-dungi getah putih. Helai daun besar, iaitu 30-60 cm panjangnya. Permukaan atas daun berwarna hijau cerah manakala permukaan bawah kasar serta berbulu. Daun berbentuk pinat, bercuping dan berlekuk-lekuk dalam.
Bunga jantan dan betina dikeluarkan pada jambak yang berlainan di celah daun. Jambak bunga jantan bujur panjang dan melentik. Jambak bunga betina tegak pada tangkai yang pendek. Benihnya bulat atau bujur sedikit.
Buah sukun jenis sinkarpa, iaitu ter-bentuk daripada keseluruhan jambak bunga betina. Bentuk buah bulat atau bujur panjang, kira-kira 10-30 cm garis pusatnya. Kulitnya berwarna hijau muda kekuningan. Isi buah yang masak lembap berwarna kuning pucat dan berbau kuat.
Khasiat/Kegunaan
Makanan
Buah sukun biasanya dipetik sebelum masak. Buah yang muda boleh dimasak kuah gulai. Buah yang mengkal sedap digoreng setelah dicelup dengan tepung beras. Buah sukun boleh juga dihiris nipis-nipis dan dijadikan kerepek yang rangup dan lemak rasanya. Isi buah matang boleh dibuat halwa dan bubur pengat. Selain daripada direbus dan dima-kan bersama gula dan kelapa. Buah sukun yang telah terlalu masak pun ada gunanya. Kulit luar dibuang dan isinya dicampur sedikit tepung dan gula pasir, kemudian dibuat jemput-jemput. Isi buah sukun yang masak halus bak tepung dan gebu.
Musim Buah dan Pembiakan
Sukun merupakan sejenis buah-buahan yang tidak bermusim, iaitu buahnya boleh didapati hampir sepanjang tahun. Walau bagaimanapun, puncak pengeluaran bunga dan buah berlaku dua kali setahun iaitu musim bunga pada bulan Februari -Mac, dan Julai - Ogos. Manakala musim memungut hasil pula ialah pada bulan April - Mei, dan Oktober - Disember. Sukun dibiakkan secara tampang kerana buahnya tidak berbiji.
source:
Rukayah Aman
Ulam dan Sayuran Tempatan Semenanjung Malaysia
DBP 2002
{ 6 comments... read them below or add one }
goreng pon sodap~!!
umah sy pon ad pokok sukun wat tmpat teduh.hihi
Erm, buah sukun. hehe..
kat kampung ada pokok ni. selalu tunggu bila nak berbuah.
sy suka makan sukun goreng.. tp x leh mkn byk takut mabuk... huhuhu
aritu balik sabah kena paksa makan sukun goreng.wuwuwuwuwu tak ske sangat sbb tawar:p
sukun goreng sedap sgt! nyum3 =D
Post a Comment