Botol Susu Yang Diharamkan Kerana Mengandungi Bisphenol A

Posted by Rafhan on Saturday, 19 March 2011


Jangan beli dan guna botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A (BPA) kerana ianya boleh mengganggu sistem hormon dan tubuh bayi serta kanak-kanak. Kerajaan telah  memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu tersebut berkuat kuasa 1 Mac 2012. Pengharaman ini juga adalah selaras dengan tindakan beberapa negara yang telahpun mengharamkan penjualan susu botol tersebut antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan terbaru oleh Kesatuan Eropah.

Apakah itu Bisphenol A ?


Formula Molekul:  C15H16O2

Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan 'bisphenol A' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar


Bagaimana untuk mengetahui botol susu polikarbonat mengandungi Bisphenol A atau tidak?
Tanda recycle berbentuk segitiga dan mempunyai tiga anak panah yang mengelilingi suatu nombor. Secara amnya plastik yang ditandakan dengan nombor 1,2,4,5 dan 6 tidak mengandungi BPA. Manakala yang ditandakan dengan nombor 3 dan 7mengandungi BPA. Buatlah pilihan yang bijak ketika membeli botol susu untuk anak anda. Sebagai alternatif anda boleh menggunakan botol aluminium atau botol kaca.

 Kesan Buruk BPA Terhadap Manusia:

1. Mengganggu gugat perkembangan otak dan perubahan tingkah laku kepada janin dan bayi yang baru lahir


2. Memberi kesan buruk kepada kelenjar prostat janin, bayi dan juga kanak-kanak


3. Memberi kesan buruk kepada kelenjar susu janin, bayi dan kanak-kanak perempuan


4. Masalah kegemukan atau obesiti


5. Kecacatan pada bayi baru lahir


6. Menambahkan risiko kematian bayi


7. Pengurangan berat badan bayi dan kecacatan kepada keturunan seterusnya


8.Menambahkan risiko mendapat kanser dan sakit jantung


9. Beri kesan kepada kelenjar tiroid serta sistem reproduktif

Artikel dipetik dan diolah dari: Dr zubaidi, kosmo, metro, kiz77, utusan


{ 3 comments... read them below or add one }

alexa yussida said...

owhh..serius sy br taw psl ni..bahayanya ..thnks sharing

analia buyani said...

uishhh..botol susu je pun leh bg mcm2 effect..bahaye2~

shila said...

bukan setakat botol susu jer.... botol2 utk isi air masak pun byk yg no 7.... so nak selamat jgn beli...

Post a Comment