Bulan Dekat Dengan Bumi , Fenomena Supermoon

Posted by Rafhan on Monday, 21 March 2011


England -  Bulan yang besar (super moon) dapat dilihat pada titik kedudukan paling rapat antara bumi dan bulan di menara St. Michael di Glastonbury, England pada 19 Mac 2011 yang lepas. Fenomena ini membolehkan bulan kelihatan lebih besar dan terang daripada biasa. Bulan dianggarkan 30% sehingga 50% lebih besar daripada yang lazim dilihat apabila bulan mengambang.



Lazimnya jarak bulan dengan bumi adalah sejauh 406,300km tetapi pada hari berkenaan jaraknya semakin hampir kira-kira 356,700km iaitu 49,600km lebih hampir dari hari-hari biasa. Ini merupakan penantian 19 tahun selepas fenomena supermoon dilihat kali terakhir pada tahun 1992. Kelihatan beberapa pengunjung sedang berdiri berdekatan menara itu untuk melihat bulan yang hanya dapat dilihat selepas dua dekad lalu. Fenomena tersebut berlaku apabila bulan berada sangat rapat dengan bumi daripada kebiasaannya. 


Ada juga yang mengaitkan kejadian supermoon dengan bencana tsunami yang berlaku di Jepun baru-baru ini tetapi ia disangkal oleh saintis-saintis NASA.

source: kosmoonline

{ 2 comments... read them below or add one }

Atsuko Ichirou said...

cantik la gmba bulan yg dekat ngn menara tu...=)

alexa yussida said...

kuasa Allah kan smua ni :)

sayangnye sy lmbt taw n cuaca tak mngizinkan utk pegi ushar =.='

Post a Comment