Majlis pernikahan Ashraf Muslim dan tunangnya, Noor Dayana Lokman dijadualkan bakal berlangsung pada 30 Ogos depan bersama dengan 1 Syawal di Mekah. Tegas Ashraf atau lebih dikenali ramai dengan panggilan 'Ustaz Amirul', dia telah lama menyimpan impian untuk bernikah di Mekah apabila bertemu dengan wanita yang benar-benar menambat hatinya. "Tidak kisahlah jodoh saya dengan siapa pun, tetapi saya memang ada menyimpan hasrat untuk bernikah di Mekah. Alhamdulillah, rezeki dan jalan untuk bernikah di sana sudah terbuka. "Saya akan pergi pada 17 Ogos iaitu dua minggu terakhir bulan Ramadan. Saya ke sana untuk menunaikan umrah, melawat pesakit di sana bersama bakal bapa mertua saya dan juga bernikah. Kira dua dalam satu, semuanya dilakukan serentak," katanya yang juga menjalankan perniagaan pakej melakukan umrah di sana.
Bukan mahu menunjuk tetapi terang Ashraf, selain sudah lama menyimpan niat, dia mempunyai sebab untuk bernikah di Mekah. "Kalau ikut zaman khalifah dan sahabat Nabi Muhammad, bernikah di Mekah sudah menjadi amalan, jadi apa salahnya saya mahu mengikut amalan mereka. Niat saya ikhlas dan berharap pernikahan itu akan lebih berkat," katanya yang popular dengan drama Ustaz Amirul. Majlis resepsi perkahwinan mereka pula dijangka bakal berlangsung di dua lokasi iaitu Shah Alam dan Melaka, bagaimanapun semuanya masih di dalam peringkat perbincangan. "Kami akan adakan kenduri selepas pulang dari Mekah, tetapi masih terlalu awal untuk saya memberikan butirannya kerana semuanya masih dalam peringkat perbincangan," jawab Ashraf sambil tersenyum.
BERMULA daripada teman sekerja, akhirnya perkenalan selama setahun lebih membawa hubungan mereka ke fasa yang lebih jauh iaitu pertunangan. Semuanya gara-gara minat dalam bidang perubatan yang menyatukan Ashraf Muslim dan Noor Dayana Lokman yang juga merupakan seorang bakal doktor. Dayana yang kini merupakan pelajar tahun akhir jurusan klinikal di Kolej Perubatan Manipal, Melaka, manakala Ashraf pula semakin aktif mendalami bidang perubatan alternatif menggunakan ayat al-Quran di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah bersama rakan kongsinya yang merupakan bapa kepada Dayana.
source:kosmoonline
{ 1 comments... read them below or add one }
ade tgk vdeo tunang die..grand gila walaupon baru bertunang..untung betol asyraf dapat bakal wife muslimah sejati,doc lagi tuh..
untung jgak dayana dapat bakal suami hensem n baik juga..kekeke
moga jdoh dorg kekal slamanya
Post a Comment