Tahukah anda dengan minum kopi berkafein, ia dapat mencegah penyakit alzheimer. Sepasukan penyelidik dari Universiti Florida Selatan menemui sejenis kandungan misteri dalam minuman kopi yang dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit alzheimer. Penemuan itu disiarkan dalam Journal Alzheimer's Disease pada 28 Jun lalu.
Menurut kajian itu, apabila kandungan misteri itu berinteraksi dengan kafein. ia mampu menjadi pencegah kepada penyakit alzheimer bahkan melambatkan simptom-simptom berkaitan.Penemuan itu sebenarnya adalah untuk membuktikan hanya kopi yang mengandungi kafein yang mampu bertindak sedemikian. Bagaimanapun minuman lain yang berkafein tidak membuktikan tindak balas terhadap pertahanan melawan penyakit alzheimer.
Pengkaji menjelaskan bahawa kopi berkafein sahaja yang boleh menyebabkan peningkatan faktor pertumbuhan yang dikenali sebagai granulocyte colony-stimulating factor (GCSF) dalam darah.Kajian pada pesakit Alzheimer menunjukkan bahawa kandungan GCFS dalam badan pesakit menunjukkan kuantiti yang sedikit.
Ini bermakna lebih banyak kandungan GCFS diperlukan untuk mengelakkan penyakit itu dan ia boleh didapati dengan minum kopi berkafein. Para pengkaji telah melakukan analisis terhadap kesan ke atas kopi berkafein dan yang tidak mengandungi kafein. Keputusan menunjukkan bahawa hanya kopi berkafein yang menghasilkan GCSF.
sumber: kosmo ahad, 3 Julai 2011
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment