Nama biasa Pegaga, pengaga
Nama botani Hydrocotyle asiatica L.
Famili Apiaceae (Umbellife-rae)
Habitat dan Taburan
Pegaga terdapat di seluruh kawasan tropika. Tumbuhan ini mudah ditemui hidup liar bercampur dengan rumput lain di ladang atau kebun di kawasan tanah ren-dah seluruh Semenanjung Malaysia. Pegaga kadang-kadang ditanam untuk dijual.
Pegaga Mempunyai Banyak Khasiat Dalam Perubatan
Ciri Morfologi
Tumbuhan jenis herba bersaiz kecil ini merayap dengan batang rayap yang ber akar. Daunnya hampir bulat dan bernabu. Tepi daun bergerigi, sama ada dempak atau tajam bergantung kepada jenis. Daun-daun pegaga berbau harum dan unik. Tangkai daun panjang dan bertemu di pangkal dan membentuk roset. Bunga terdapat pada jambak kecil dan bertangkai pendek. Buah berbentuk kapsul bulat yang kecil dan terbahagi kepada dua bahagian oleh lekukan di tengah-tengah.
Khasiat / Kegunaan
Makanan
Daun pegaga sedap dibuat ulam, iaitu dimakan bersama-sama sambal belacan. Selain itu, daun pegaga boleh dimasak gulai lemak dicampur keledek atau dimasak lemak cili api bersama ikan, atau dibuat urap atau kerabu mentah, bercampur kelapa dan udang kering. Rasanya pahit-pahit manis dan baunya membuka selera.
Perubatan
Pegaga dipercayai dapat mengurangkan tekanan darah tinggi. Oleh kerana khasiatnya tinggi, ramai orang mula meminati jus daun pegaga. Daun pegaga juga digu-nakan sebagai ubat sapu untuk menurunkan panas badan atau demam. Selain itu, campuran daun pegaga dan daun-daun lain digunakan untuk penyakit lelah, reumatisme, dan kencing berdarah.
Pembiakan
Pegaga membiak secara semula jadi dengan akar jalar dan juga benih. Daun pegaga amat berkhasiat sebagai ubat-ubatan. Selain daripada dimakan segar, daun pegaga juga dibuat jus.
source:
Rukayah Aman
Ulam dan Sayuran Tempatan Semenanjung Malaysia
DBP 2002
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment